Hidup kita cuma di dalam 3 hari:
1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
Hidup cuma dalam 2 nafas:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian
Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang
terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan
dunia yang fana ini.
Hidup yang abadi cuma ada 2 tempat:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan
oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan
hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh
fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SHOLAT…
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak
bersolat, umpama seorang yang mau menaiki kapal terbang tetapi tidak
mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk
surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan
sampai pada penerimanya…lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar
kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam hal ini :
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
Allah kurniakan kepada kita…. Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan
ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang
tenang…lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah
meredhai.
Wassalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar