Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah
memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu
pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku
hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin
kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku
tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja
berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah
dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang
padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak
selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam
dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan
untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak
kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana
kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan
damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang
bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat
mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi
tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau
tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus
menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari
rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi
jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di
mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku
begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku
hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di
hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak
menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah,
yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah
titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada
kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil
kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan
cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah
menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan
kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu
menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku
menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan
ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku
akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan
mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan
bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan
membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada
Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus
bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku
ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam
legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan
mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan
menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang
lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan
pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan
sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku
padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar